Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Seminar on Tunnels and Underground Space Structure

KUALA LUMPUR, 2  September -  Seminar on Tunnels and Underground Space Structure anjuran bersama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dan Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) sedang berlangsung dari 2 hingga 4 September 2014 di Hotel Istana.

Seminar ini memberi fokus kepada perbincangan dan perkongsian idea berhubung kejuruteraan terowong dan ruang bawah tanah yang mampu memberikan impak positif dari segi penggunaan ruang kepada masyarakat sekitarnya.

Seminar GST kepada Kontraktor dan Usahawan Binaan Bumiputera

PUTRAJAYA, 2 September – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), sedang memperluas penganjuran Seminar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Kontraktor Bumiputera (Gred G1 – G7) dan Usahawan Binaan Bumiputera di seluruh negara.

Seminar ini merupakan anjuran bersama Kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.).

KKR Serius Dengan Tahap Keselamatan Dan Pencegahan Kawalan Denggi Di Tapak Binaan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2014 – YB Menteri Kerja Raya Datuk Haji Fadillah Yusof telah melakukan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu terutama bagi pencegahan denggi di salah satu tapak projek seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu projek naiktaraf hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, hari ini.

Taklimat Media - Pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Elektronik 100% di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau

PETALING JAYA, 25 Ogos – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengadakan sesi taklimat kepada media berhubung pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik 100 peratus di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang akan dilaksanakan bermula 1 September 2014.

Bermula pada tarikh tersebut, semua transaksi tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 akan dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.

Perasmian QSIC 2014 dan Malam Anugerah LJBM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Majlis perasmian Konvensyen Antarabangsa Juruukur Bahan (QSIC) 2014 telah diadakan bersekali dengan Malam Anugerah Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) hari ini bertempat di Hotel Pullman, Bangsar.

Perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.

Konvensyen tahunan yang bertemakan “Wind of Change” ini dianjurkan bersama oleh LJBM, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya (JKR), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) dan Universiti Taylor’s.

Menteri Kerja Raya Terima Kunjungan Hormat Delegasi Jepun

KUALA LUMPUR, 14 Ogos -- Menteri Kerja Raya YB Datuk Haji Fadillah Yusof menerima kunjungan hormat rombongan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, TYT Akihiro Ohta di pejabatnya di Kompleks Kerja Raya di sini hari ini.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi serta Pengarah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR), YB Menteri dan TYT Akihiro Ohta turut berbincang tentang pengukuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara di samping turut bertukar pandangan dalam perkara yang melibatkan Kementerian.

Subscribe to