KUALA LUMPUR, 30 Oktober – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menganjurkan Seminar Memperkasakan Kualiti dalam Pembinaan bertempat di Hotel Royal Chulan yang bertujuan memberi penerangan berhubung kualiti, keselamatan dan kesihatan dalam pembinaan kepada para peserta yang terdiri daripada penggiat industri binaan. Selain itu, seminar ini juga menjadi pentas perkongsian ilmu berhubung pelaksanaan Pindaan Akta 520 kelak.