LAWAS, 27 JULAI 2018: Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian telah melakukan lawatan kerja ke Hospital Lawas di Lawas, Sawarak dan disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr. Jamilah Hashim dan pengurusan Hospital. Lawatan YB Menteri Kerja Raya ini meliputi lawatan tapak ke Hospital Lawas bagi meninjau keadaan dan tapak projek pembangunan baru bagi hospital tersebut
YB Menteri Kerja Raya telah dibawa ke sesi taklimat ringkas mengenai projek ini sebelum dibawa melawat tapak projek.