Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Majlis Ibadah Korban Kementerian Kerja Raya 2018

KUALA LUMPUR. 23 OGOS 2018: Majlis Ibadah Korban Kementerian Kerja Raya 2018 Anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya (KSKKKR) dan Surau Kementerian Kerja Raya telah berlangsung di Kafeteria KKR, Kompleks Kerja Raya.

Majlis ini merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh KSKKKR dan Surau KKR sebagai meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha. Aktiviti yang dijalankan semasa majlis termasuklah pengagihan daging lembu kurban kepada warga KKR. Warga KKR juga disajikan dengan hidangan seperti sup tulang dan daging goreng.

Seminar On Road Asset Management  And Disaster Risk Reduction

KUALA LUMPUR, 28 OGOS 2018: Seminar On Road Asset Management  And Disaster Risk Reduction anjuran bersama Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dan Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Perlancongan Jepun (MLIT) telah berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE Kuala Lumpur dan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir. Seminar ini merupakan seminar dua hari yang berlangsung dari 28- 29 Ogos 2018 serta merupakan seminar kali kedua anjuran bersama KKR dan MLIT sejak tahun 2016.

Perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang Dan Keselamatan Jalan Raya Oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya

GOMBAK, 21 OGOS 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir telah menyempurnakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Dan Keselamatan Jalan Raya anjuran Kelab Kebudayaan Gombak bertempat di Plaza Tol Gombak Lebuhraya KL - Karak, Kuala Lumpur.

Aturcara kempen termasuklah sesi Konvoi Jalur Gemilang Dari Menara MTD, Batu Caves Ke Plaza Tol Gombak dan pemberian Jalur Gemilang serta cenderahati oleh YB Timbalan Menteri kepada pengguna lebuhraya di Plaza Tol Gombak.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Ke Sekinchan

SEKINCHAN, 20 OGOS 2018: Satu lawatan kerja telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir ke Sekinchan bagi menghadiri sesi taklimat taklimat berkenaan Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FT05) Dari Tanjong Karang Ke Sabak Bernam, Selangor.

Lawatan YB Timbalan Menteri Kerja Raya ini bertujuan untuk mengetahui status semasa projek menaiktaraf jalan ini disamping untuk melawat lokasi kemalangan yang berlaku di kawasan tersebut.

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kerja Raya ke ABM Wilayah Selatan

JOHOR BAHRU, 19 OGOS 2018: Satu lawatan kerja ke Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellent) di TWI-ABM, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan telah diadakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir bertempat di ABM Tampoi, Johor Bahru.

Dalam lawatan ini, YB Timbalan Menteri telah melawat beberapa bay latihan seterusnya mendengar taklimat mengenai ABM Wilayah Selatan, Johor dan Taklimat Centre of Excellence (CoE)  oleh wakil daripada ABM. 

Majlis Amanat Amanat Kontinjen Negara ke Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018)

SHAH ALAM, 17 OGOS 2018: Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir mengiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Dato' Haji Mahfoz Omar hadir ke Majlis Amanat Kontinjen Negara ke Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) yang akan berlangsung di Bangkok Thailand dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Kemahiran Pengajar & Kemahiran Lanjutan (The Centre for Instructor and Advanced Skill Training, CIAST) Shah Alam.

Majlis Penyerahan Felo Perdana 2018 Oleh YAB Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 17 OGOS 2018: Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian telah hadir ke Majlis Penyerahan Felo Perdana anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 Peringkat Kementerian Kerja Raya

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2018: Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2018 Peringkat Kementerian Kerja Raya telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian bertempat di hadapan Lobi Blok A, Kompleks Kerja Raya.

Program ini merupakan simbolik bermulanya Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Kementerian Kerja Raya dengan tema pada tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kerja Raya dan Agensi.

Subscribe to