KINTA, PERAK, 13 OGOS 2022 – Hari ketiga FTRoadpedia Zon Timur 3.0 diteruskan dengan tinjauan di Jalan Simpang Pulai – Blue Valley di daerah Kinta, Perak iaitu laluan ke lokasi pelancongan, Cameron Highland, Pahang. Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dibawa meninjau lokasi pembaikan cerun di Seksyen 44 di laluan berkenaan.