KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 11 SEPTEMBER 2022 — Projek Membina Jalan Dari 2 Lorong Kepada 4 Lorong Dari Permatang Pak Elong Hingga Jambatan Merdeka Seberang Perai Utara, Pulau Pinang diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR). Pelaksanaan projek ini akan meningkatkan taraf perkhidmatan jalan ini daripada Level of Service (LOS) F kepada LOS C seterusnya mengurangkan kesesakan serta turut mengurangkan tempoh perjalanan pengguna.