KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER 2022 - Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan, Dekad Bahasa Dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) Tahun 2022 telah berlangsung meriah di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kompleks Kerja Raya.
KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER 2022 - Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan, Dekad Bahasa Dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) Tahun 2022 telah berlangsung meriah di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kompleks Kerja Raya.
KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER 2022 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kerja Raya bagi Tahun 2021 (APC JKR 2021) meraikan seramai 712 orang penerima dari JKR seluruh Malaysia.
PULAU LANGKAWI, KEDAH, 12 SEPTEMBER 2022 – Perasmian pecah tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Kedah Darul Aman diiringi oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya, YB Tuan Khairy Bin Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia serta YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md
KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 11 SEPTEMBER 2022 — Projek Membina Jalan Dari 2 Lorong Kepada 4 Lorong Dari Permatang Pak Elong Hingga Jambatan Merdeka Seberang Perai Utara, Pulau Pinang diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR). Pelaksanaan projek ini akan meningkatkan taraf perkhidmatan jalan ini daripada Level of Service (LOS) F kepada LOS C seterusnya mengurangkan kesesakan serta turut mengurangkan tempoh perjalanan pengguna.
SINTOK KEDAH, 10 SEPTEMBER 2022 - Kejohanan Sukan Kerja Raya Kali Ke-13 Tahun 2022 ditutup dengan rasminya oleh YBhg Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya bertempat di Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia.
Juara keseluruhan pada kejohanan kali ini dimenangi oleh PLUS Malaysia yang merangkul 4 emas, 7 perak dan 1 gangsa. Pada majlis tersebut juga, Johan bagi setiap 18 acara yang dipertandingkan menerima Piala Pusingan sebagai simbolik juara bertahan.
SINTOK, KEDAH, 08 SEPTEMBER 2022 – Kejohanan Sukan Kerja Raya 2022 kali ke-13 telah dibuka secara rasmi oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya bertempat di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM).
Kejohanan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya (KSKKKR), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia ini melibatkan24 kontinjen yang terdiri daripada 1,819 orang atlet. Para atlet akan berkampung selama 5 hari bermula 07 September hingga 11 September 2022.
KUALA LUMPUR, 06 SEPTEMBER 2022 – Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 yang bakal diadakan bersama dengan 4th International Road Federation Asia – Pacific Regional Congress selama tiga (3) hari bermula 11 hingga 13 Oktober 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
SRI AMAN, 4 SEPTEMBER 2022 – Fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 786 kilometer (km) merentasi bahagian utara Sarawak hampir siap sepenuhnya. Hari ini satu lagi persimpangan bertingkat di bawah projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak iaitu Persimpangan Bertingkat Sri Aman dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
KUCHING, 3 SEPTEMBER 2022 – YB Dato Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya telah mengadakan sesi libat urus bersama 250 pengamal media di Sarawak bagi berkongsi visi dan misi Kementerian dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga pembangunan infrastruktur kepada Keluarga Malaysia di negeri Sarawak khususnya.
KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2022 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) hari ini ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti industri pembinaan. MoU ini merangkumi tiga aspek utama, iaitu Pembangunan Modal Insan, Kaedah dan Teknologi Pembinaan, dan Sistem Penilaian Kualiti, Keselamatan dan Kemampanan.