KUALA BERANG, TERENGGANU, 14 FEBRUARI 2023 – Seramai 142 pelatih termasuk 17 pelatih cemerlang diraikan ketika Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies Sdn Bhd (CIDB Tech) Wilayah Timur 2023 di Dewan Besar ABM Wilayah Timur, Kuala Berang, Terengganu. Mereka adalah pelatih daripada 17 tred (kategori) dalam latihan kompetensi kemahiran pembinaan membabitkan kluster bidang bangunan, Industrial Building System (IBS), Operasi Kren, Mekanikal dan Elektrikal, Kimpalan dan Blasting & Painting.