Tidak perlu masa lama kaji turun tol | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 8 Mei-Cadangan penurunan kadar tol lebuh raya boleh dilaksanakan dengan segera tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk menjalankan kajian mengenainya.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Shaani Abdullah berkata, ia boleh dilaksanakan dengan segera sekiranya kerajaan benar-benar menpunyai komiten dalam usaha mengurangkan beban pengguna.

"Masa tiga bulan lama. Ini kerana semua maklumat mengenai data pengguna tol lebuh raya atau kenderaan di jalan sudah ada dengan syarikat konsesi, jadi kenapa perlu ambil masa lama,' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd .Zin Mohamed hari ini yang berkata, kadar tol lebuh raya mungkin boleh diturunkan namun tertaktuk kepada keputusan kajian konsesi lebuh raya yang sedang dijalankan kementerian itu

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia