Kerja baik pulih bocor 7 minggu | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR  8 Mei-Kerja kerja membaik pulih kesemua 30 saluran air di bumbung bangunan Parlimen yang menyebabkan air mencurah-curah keluar daripada saluran pendingin hawa di laluan tepi Dewan Rakyat berhadapan dengan bilik Yang Dipertua semalam akan disiapkan dalam tempoh tujuh minggu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamad berkata, kerja-kerja membaik pulih hanya boleh dilakukan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu ketika Parlimen tidak bersidang.

Menurut beliau kejadian semalam dikenal pasti berlaku pada sambungan saluran paip hujan di bawah lantai bumbung Parlimen."Ini menyebabkan air telah menitis keluar melalui jeriji saluran pendingin hawa," katanya ketika ditemui lobi Parlimen hari ini.

Bangunan Parlimen yang dibaik pulih sejak kejadian bumbung bocor pada 28 April 2005, mengalami insiden hampir sama, semalam ekoran hujan lebat.

Hujan lebat petang semalam menyebabkan air mencurah-curah keluar daripada saluran pendingin hawa di laluan tepi Dewan Rakyat.   

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia