LDP dapat pampas an RM630.54j sejak 1999 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KERAJAAN membayar pampasan sebanyak RM630.54 juta kepada syarikat konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dalam tempoh lapan tahun sejak 1999 selepas penstrukturan semula kadar tol dilakukan.

Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata penstrukturan semula tol dilakukan oleh kerajaan bagi mengelakan beban kenaikan tol di kalangan pengguna LDP.

Beliau berkata, penstrukturan semula kadar tol bagi LDP membolehkan kadar tol yang lebih rendah berbanding kadar tol yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

"Sebagai contoh, kadar tol untuk kenderaan kelas 1pada 1999 diturunkan kepada RM1 berbanding RM1.50 seperti termaktub dalam perjanjian konsesi. 

"Pada 2007, kerajaan sekali lagi melaksanakan penstrukturan semula kadar tol untuk LDP di mana kadar tol kenderaan Kelas 1diturunkan daripada RM2.10 kepada RM1.60," katanya.

Mohd Zin berkata demikian ketika menjawab soalan Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya selatan).

Katanya, kesan daripada penstrukturan semula kadar tol itu kerajaan perliu, membuat bayaran pampasan kepada syarikat konsesi terbabit.

Berhubung penstrukturan semula Lebuhraya Baru Pantai (NPE), beliau berkata, tiada penstrukturan semula kadar tol dibuat terhadap lebuh raya itu kerana tiada kenaikan tol berlaku sejak ianya mula beroperasi pada 2004. 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Minggu