Penduduk gembira penghadang dipasang | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

RANTAU PANJANG - Rata-rata penduduk di sini berterima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana mengantikan pengadang jalan di Jalan Musran yang rosak akibat beberap kali dilangar oleh kenderaan besar seperti lori sehingga menimbulkan rasa tidak selamat bagi mereka yang kerap menggunakan laluan tersebut.

Pengadang lama bengkok dan renggan dari tiang penyokong menyebabkan kedudukannya boleh membahayakan pengguna di laluan tersebut kerana dikhuatiri akan tertangal pada bila-bila masa.

Sehubung itu, penduduk berpendapat kadaan itu boleh menyebabkan kemalangan kerana bimbang satu hari nanti, besi itu akan tertanggal dan jatuh menghempap pengguna yang melalui laluan tersebut.

Penduduk, Mohd Nasri Mohd Zaid berkata, pehaknya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang mengajukan aduannya kepada JKR dan pada 23 April lalu JKR mengantikannya dengan yang baru.

"Kita berharap selepas ini tiada lagi pemandu lori yang berdegil mahu menggunakan laluan ini, walaupun telah diletakkan pengadang tersebut," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sinar Harian difahamkan pengadang tersebut dibina sejak beberapa tahun lalu bagi menghalang kenderaan berat seperti lori dan treler dari melalui jalan itu di mana sebelum ini pernah berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori yang menggunakan laluan tersebut terbalik dan menghempap tiga pelajar sekolah menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian