Naik taraf jalan di Klang | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SHAH ALAM - Kira-kira 200,000 pengguna jalan raya setiap hari di Klang perlu mengubah beberapa laluan di kawasan Bandar Diraja itu mulai 21 Mei ini ekoran beberapa jalan akan ditutup serta diubah menjadi laluan sehala.

Perubahan itu disebabkan kerja-kerja menanam cerucuk untuk projek naik taraf jalan FT 5 dari Kapar ke Klang Fasa 3 yang melalui Persiaran Sultan Ibrahim, Bandar Klang yang dijangka dimulakan pada 15 Mei ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim berkata, ia membabitkan Jalan Batu Tiga yang akan dijadikan laluan sehala dari Bulatan 100 kepersimpangan Jalan Nenas atau Jalan Pasar.

Selain itu jelas beliau, kenderaan dari Jalan Sireh dan Jalan Persekutuan pula tidak dibenarkan memasuki Persiaran Sultan Ibrahim melalui Bulatan 100, sebaliknya perlu melencong ke Jalan Batu Tiga.

"Sementara itu, bermula dari Jambatan kota hingga ke jejambat di Bulatan 100, dua lorong di bahagian dalam laluan empat lorong itu, di kedua-kedua hala akan ditutup mula 15 Mei ini," katanya semalam.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo