KKR lancar Ekspedisi Jalan Persekutuan | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

ALAN SULTAN SALAHUSSIN - Bangi memberi pendidikan dan kesedaran mengenai Jalan Persekutuan kepada warga kerja Kementerian kerja Raya (KKR) Bahagian Kawalselia dan Penyenggaraan KKR melancarkan Ekspedisi Jalan Persekutuan, semalam.

Ketua Setiausaha KKR, Datuk Dr Abdul Munit Kasmin berkata, programitu merupakan yang kedua tahun ini dengan program sebelum ini melibatkan 30 peserta dan dialaksanakan pada 18 April lalu dengan ekspedisi bermula dari Kompleks Kerja Raya serta taman di Skudai, Johor.

"Ekspedisi bagi Zon Timur dan Tengah ini juga bertujuan mengenal pasti kekurangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh KKR dalam penyenggaraan Jalan Persekutuan, disini, semalam.

Beliau berkata, program kedua melibatkan 50 peserta itu berlangsung dua hari dan berakhir hari ini. Peserta akan menaiki 13 kereta dari Kompleks Kerja Raya, melalui Jalan Persekutuan Karak, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Tamat di Bandar Kuantan, Pahang.

"Peserta yang melalui Jalan Persekutuan laluan FT008, FT009, FT003, FT011 dan FT012 diminta mengenal pasti kekurangan yang ada di jalan itu.

"Antara yang harus dilakukan mereka ialah melakukan pemantauan ke atas kerja rutin konsesi iaitu memastikan tiada rumput di rizab mereka melebihi dua inci selepas 16 hari bulan setiap bulan," katanya.

Selain itu, katanya, peserta ekspedisi juga harus mengenal pasti lubang di permukaan jalan dan keadaan sistem perparitan  sama ada berfungsi dengan baik serta perabot jalan dalam keadaan baik

Abdul Munit berkata, peserta ekspedisi turut melakukan permantauan ke atas kerja berkala atau kecemasan seperti memastikan sistem aliran pengurusan iaitu pemasangan papan tanda sementara dan meletakankan kon kecemasan.

"Papan tanda serta kebersihannya juga akan dipantau dan Bahagian Kawalselia dan penyenggaraan KKR berharap ekspedisi ini akan dapat memberi kesedaran kepada warga KKR berhubung Jalan Persekutuan," katanya.

Katanya, maklumat diperoleh sepanjang ekspedisi itu akan dapat membantu memperbaiki kelemahan yang terdapat  dalam pernyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Negara.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian