Kerajaan negeri rujuk LLM berhubung isu Jalan Mahkota Cheras | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembukaan jalan masuk ke kawasan perumahan Bandar Mahkota Cheras perlu mengikut beberapa prosedur termasuk mendapatkan keizinan daripada Kementerian Kerja Raya.Beliau berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan kebenaran kementerian berkenaan kerana kuasa kerajaan negeri terbatas disebabkan persempadanan lebuh raya itu turut membabitkan sebahagian jalan masuk yang terletak di bawah kuasa Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM)."Kerajaan negeri akan merujuk kepada LLM bagi mendapatkan kepastian sama ada penghadang jalan yang dibina di laluan masuk itu mendapat kebenaran atau sebaliknya. Kita akan hantar surat ke LLM esok berhubung kebenaran membina penghadang jalan itu. Kita juga berharap agar menteri terbabit turun padang dan melihat sendiri dilema penduduk setempat," katanya.Abdul Khalid berkata pendirian kerajaan negeri ialah jalan itu mesti dibuka tetapi perlu mendapat kebenaran kerajaan pusat kerana ia turut membabitkan jalan persekutuan.Katanya Kerajaan negeri menerusi anak syarikat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad mempunyai pegangan 20 peratus dalam Taliwork Bhd dan Taliwork Bhd pula mempunyai pegangan 55 peratus dalam Cerah Sama Sdn Bhd yang memiliki Grand Saga."Walaupun pemegang saham anak syarikat perlu dilindungi, kepentingan dan hak orang awam tidak boleh diketepikan," kata Abdul Khalid.Katanya, masalah tersebut timbul disebabkan membabitkan dua pihak iaitu syarikat konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd dan pemaju perumahan, Narajaya Sdn Bhd dan dibawa ke mahkamah TInggi untuk diadili."Jika Narajaya menang jalan ini terus dibuka dan jika kalah, Narajaya kena bayar pampas an kepada Grand Saga dan jalan juga akan dibuka. Pertikaian tidak ada kena-mengena langsung dengan rakyat," katanyaAbdul Khalid menambah, pendirian kerajaan adalah jalan tersebut mesti dibuka tetapi ia perlu mendapat kebenaran kerajaan pusat kerana ia membabitkan jalan persekutuan.Menurutnya, kerjaan negeri akan mengarahkan Grand Saga mengadakan mesyuarat tergempar dalam tempoh terdekat ini untuk menyiasat dakwaan pihak konsesi itu menggunakan samseng untuk menghalang penduduk yang mengadakan demonstrasi, malam kelamarin        

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian