KUALA LUMPUR 5 Jun - Penunggang motosikal kini dibenar menggunakan lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya berkuat kuasa semalam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed dalam satu kenyataan di sini berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kepentingan pengguna lebuh raya terutama para penunggang motosikal.
Beliau berkata, tindakan itu secara tidak langsung dapat menggalakkan pengguna menggunakan motosikal ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan semalam.
Lebuh raya Kuala Lumpur- Putrajaya sepanjang 26 kilometer menghubungkan ibu negara ke Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dan dibuka secara rasmi pada 13 Disember 2007.
Tarikh