KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO Pahang menggesa Kementerian Kerja Raya supaya segera menurunkan kadar tol ekoran pemegang konsesi telah memugut keuntungan luar biasa sejajar dengan peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya sedia ada.
Ketua pemuda UMNO Pahang. Datuk Khairudin Yaakob berkata, penurunan kadar tol itu adlah wajar memandangkan pengguna ini berhadapan dengan peningkatan harga minyak dan sekiranya diturunkan ia merupakan kaedah terbaik dalam membantu rakyat.
"Jika kadar tol dapat dikurangkan maka ia secara tidak langsung dapat menampung kenaikan harga minyak," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Khairudin turut menyarankan su[aya pihak konsesi yang bakal dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan pelaksanaan itu perlu dibuat di negari-negeri yang dikuasai oleh barisan Nasional terlebih dahulu
"Jika kajian semula dibuat saya yakin langkah penurunan itu dapat melegakan semua pihak terutama mereka yang berpendapatan rendah," katanya.