IPOH - Plaza Ipoh Utara (Arah Selatan) secara rasminya mula beroperasi sejak jam 3.30 petang semalam menggantikan Plaza Tol Jelapang yang dikenali juga sebagai plaza tol 'maut'
Upacara pembukaan plaza tol yang menelan belaja RM260 juta telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Daruk Ir Mohd Zin Mohamed. Beliau turut memberikan cenderamata kepada lima pemendu pertama yang melalui plaza tol berkenaan.
Menurut Mohd Zin, plaza baru yang mempunyi 13 lorong itu dibina bertujuan mengatasi kemalangan berlaku di Plaza Tol Jelapang (tapak lama) yang terlalu hampir dengan curam yang menuruni terowong Menora.
'Trafik yang menghala kearah selatan iaitu dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur kini boleh terus ke Tol Ipoh Utara yang terletak 800 meter ke selatan Plaza Tol Jelapang.
"Bagi pengguna yang hendak ke Jelapang atau Chemor, mereka perlu keluar melalui jalan ke Bandar Meru Jaya selepas membuat bayaran di Tol Ipoh Utara.
"Ini membuktikan bahawa kerajaan amat peka dan prihatin dengan masalah dan keselamatan rakyat, terutamanya bagi pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan ini.
Diharapkan dengan usaha ini, tidak berlaku lagi kemalangan yang meragut nyawa di kawasan tersebut,? katanya.
Tambah beliau, pihaknya akan sentiasa memantau keberkesanan tol berkenaan dari semasa ke semasa untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.
"Bagaimanapun, operasi tol bagi trafik yang menghala ke utara dikekelkan. Paza tol ini akan dialihka ke kawasan yang baru secara berperingkat untuk membolehkan laluan terus tanpa henti ini disiapkan sebelum 31 Disember 2008.
"Menjelang 2 Januari 2009, Lebuh Raya Utara - Selatan akan siap sepenuhnya. Kini Kerja melebarkan lebuh raya ini dari dua ke tiga lorong juga telah selesai," ujarnya yang turut menasihatkan pengguna lebuh raya berkenaan mematuhi papan tanda yang disediakan.
Rekod plaza Tol jelapang atau lebih dikenali sebagai jajaran maut yang terletak 2 kilometer dari terowong Menora menujukkan bahawa kawasan tersebut banyak berlaku kemalangan yang meragut nyawa.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini, Plaza Tol Ipoh Utara mula dibina sejak hujung tahun 2005.