Plaza Tol Ipoh Utara dibuka | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

IPOH 6 Jun - Plaza Tol Ipoh Utara dekat sini dibuka kepada para pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan mulai pukul 4 petang ini.

Pembukaan plaza tol baru yang membabitkan kos pembinaan berjumlah RM260 juta itu sebagai menggantikan Plaza Tol Jelapang bagi mengelak kemalangan yang sering berlaku di plaza tol tersebut.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, dengan pembukaan plaza tol baru itu, dengan pembukaan plaza tol baru itu, para pengguna yang menghala kea rah Selatan (dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur) tidak perlu berhenti untuk membayar tol di Jelapang, tetapi akan membuat bayaran tol di Plaza Tol Iph Utara yang terletak kira-kira 800 meter keselatan plaza tol Jelapang.

Katanya, laluan terus tanpa henti dari utara-selatan itu merupakan langkah yang diambil kerajaan untuk mengelak kemalangan yang sering berlaku di Plaza Tol Jelapang yang terlalu hampir dengan curam menuruni Terowong Menora.

Katanya, dengan pembukaan plaza tol baru tiga lorong itu, kutipan tol di plaza tol Jelapang (laluan ke Selatan) ditamatkan.

"Ini tanda kerajaan peka dan prihatin dengan masalah dan keselamatan rakyat terutama bagi pa pengguna Lebuh Raya utara-Selatan.

"Diharapkan dengan usaha ini tidak berlaku lagi kemalangan-kemalangan yang meragut nyawa di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Plaza Tol Ipoh Utara di Jelapang dekat sini hari ini.

Mohd Zin berkata, operasi tol bagi trafik yang menghala ke utara dikekalkan di mana kenderaan perlu berhenti di plaza tol Jelapang untuk mengambil tiket transit sebelum meneruskan perjalanan.

Menurut beliau, bagi trafik yang hendak ke Jelapang/Chemor perlu keluar melalui jalan ke Bandar Meru Raya selepas membuat bayaran tol di Plaza Ipoh (utara).

Katanya, bagi trafik yang hendak ke Ipoh/Kuala Lumpur pula, mereka perlu meneruskan perjalanan melalui jalan negeri sebelum bertemu semula ke laluan utama lebuh raya di KM 270 arah selatan.

Mohd. Zin berkata, plaza tol Jelapang (laluan ke utara) akan dialihkan ke plaza tol baru secara berperingkat-peringkat bagi membolehkan projek laluan terus tanpa henti di antara Ipoh (selatan) ke Jelapang siap pada 31 Disember tahun ini.

"Dalam tempoh enam bulan lagi projek laluan tanpa henti ini akan siap sepenuhnya," katanya.

Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan mematuhi papan tanda tunjuk arah dan papan tanda amaran yang disediakan d kawasan strategik serta  petugas-petugas lebuh raya di kawasan tersebut.

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia