KUALA LUMPUR - Walaupun Kementerian Kerja Raya mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan khusus kepada penunggang motosikal namun ia masih tidak memadai.
Justeru kemudahan khusus seperti laluan khas turut disediakan bagi memudahkanmereka.
Tinjauan KOSMO! Semalam disekitar lebuh raya dan Bandar Tasik Permaisuri, mendapati orang ramai kurang berpuas hati dengan kemudahan tersebut kerana ia masih mengelirukan mereka.
Kata mereka, ia perlu diselaraskan di semua tempat bagi memudahkan urusan selain melangkapkan ciri keselamatan di samping keselesaan kepada penunggang motosikal.
Seorang kakitangan swasta, Naim Mohd Misran, 25, berkata, usaha kerajaan menyediakan kemudahan kepada penunggan motosikal perlu diteruskan lagi.
"Selain lorong sedia ada di beberapa laluan juga perlu dinaik taraf kerana ia terlalu sempit dan pembersihan berkala di lakukan di lorong tersebut kerana khuatir paku-paku ditaburkan di kawasan terbabit.
"Lorong motosikal berasingan hanya terdapat di lebuh raya, ini menyusahkan pemandu seharian kerana terpaksa berkongsi jalan dengan kenderaan berat dan lebih terdedah dengan risiko kemalangan.
Seorang peniaga, Ahmad Mahmud, 34, pula memberitahu, kemudahan awam yang telah disediakan sememangnya dapat mengelakkan kadar kemalangan.
"Bukan apa, kemudahan seperti ini banyak manfaat di samping penunggang dapat melalui laluan tersebut dengan mudah dan selamat.
"Kekurangan kawasan juga menimbulkan masalah untuk membina laluan motosikal di Bandar raya ini sekali gus ia mencatatkan kemalangan maut setiap tahun," ujarnya.
Sementara itu, seorang pelajar, Firdaus Mohd Yusof, 23, menjelaskan laluan itu dibina di kawasan terperosok.
"Kadangkala saya sendiri terlepas pandang dan terpaksa membuat pusingan.
"Untuk itu, papan tanda motosikal perlu diletakkan di tengah-tengah agar tidak mengelirukan penunggang di samping melebarkan jalan tersebut," jelasnya.
Ujar Firdaus, sekurang-kurangnya kami tidak terlanggar antara satu sama lain.
"Keadaan bertambah teruk terutamanya pada waktu puncak, kerana masing-masing membawa laju," katanya lagi.
Walau bagaimanapun, penyelenggaraan laluan motosikal perlu dijalankan lebih kerap untuk mengelakkan kes jenayah seperti samun berlaku selain melengkapkan kemudahan lain seperti lampu.