KUALA LUMPUR- penunggang motosikal kini dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed.
Dalam kenyataannya di sini, beliau berkata keputusan ini diambil setelah mengambil kira kepetingan pengguna lebuh raya terutama para penunggang motorsikal.
Mohd Zin turut berkata tindakan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan pengguna menggunakan motosikal ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan semalam.
Lebuh Raya Kuala Lumpur-Puterajaya sepanjang 26 kilometer menghubungkan ibu Negara ke Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dan dibuka secara rasmi pada 13 Disember 2007.
Tarikh