CHERAS - Lembaga Lebugraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd.(Grand Saga) diminta mengembalikan persimpangan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) dalam keadaan lancer.
Malah kerja-kerja penaikatarafan di persimpangan itumsedang dilaksanakan bagi memastikan aliran lalu lintas kenderaan bergerak lancer dan lebih teratur.
Menurtt Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed, keadaan jalan raya dan lampu isyarat akan baikpulih seperti biasa demimkepentingan bersama.
"Saya telah mengarahkan LLM dan Grand saga supaya laluan ini boleh digunakan oleh orang awam dan mana-mana bekas jalan raya telah dikorek akan dibaikpulih semula," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak itu semalam.
Beliau juga mengarahkan supaya pembaikpulih lampu isyarat turut dilakukan untuk mengurangkan kesesakan trafik terutamanya pada waktu puncak sama ada pagi dan petang.
Katanya lagi, permintaan kerajaan agar tembok menghalang laluan itu tidak didirikan telah dipersetujui oleh Grand Saga yang mempunyi hak untuk menuntut kerugian daripada syarikat pemaju Narajaya Sdn. Bhd.
"Kerajaan ada perjanjian konsesi dengan grand Saga dan mereka telah bersetuju memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menanggung kerugian ekoran pembukaan jalan ini," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Taliworks Corporation, Abdul Rahman Siraj berkata, pembukaan laluan ini bersifat sementara kerana keputusan mahkamah belum diperolehi.
Taliworks Corporation adalah antara pemegang, saham dalam Cerah Sama Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang memiliki Grand Saga.
"Selepas keputusan mahkamah dikeluarkan, kami akan mengadakan perbincangan dengan pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah ini untuk jangka panjang," katanya.
Malah, beliau turut memaklumkkan bahawa pihaknya tidak membuat sebarang tuntutan pampas an berikutan pembukaan laluan jalan yang bersifat sementara itu.
" Sebelum ini, terdapat beberapa komplikasi perundangan peralihan tembok yang hanya boleh diarahkan oleh kementerian tetapi kami gembira dengn langkah pembukaan semula jalan yang memudahkan penduduk," ujarnya.