KUALA LUMPUR - Penunggang motosikal pelbagai kelas kini dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) berkuat kuasa semalam, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed.
Beliau berkata, ini adalah lebuh raya kedua yang dibuka kepada motosikal pada bulan ini.
Pada 5 Jun lepas, penunggang motosikal pelbagai kelas telah dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur ? Putrajaya atau yang kinidikenali sebagai Maju Expressway, katanya pada satu kenyataan akhbar semalam.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat seterlah mengambil kira peningkatan harga minyak yang menyebabkan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah di bandar raya yang kini lebih cenderung menjadikan motsikal sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja.
"Tindakan ini merupakan sebahagian inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat terutama ketika berhadapan krisis harga minyak global dan kenaikan kos sara hidup," katanya.
Mohd Zin berharap pemegang konsesi lebuh raya itu dan polis akan melakukan pemantauan yang ketat bagi mengelakkan penyalahgunaan lebuh raya terbabit, terutama sekali untuk perlumbaan haram