KUALA LUMPUR 4 Julai ? Kementerian Kerja Raya akan mengenal pasti lebih banyak jalan utama di negeri-negeri yang boleh dinaik taraf sebagai Jalan Persekutuan mengikut Akta Jalan 1959 seterlah mendapat persektujuan kerajaan negeri.
Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr. Abdul Munit Kasmin berkata, sehingga kini kementerian bertanggungjawab terhadap 221 jalan Persekutuan di Semenanjung, lapan di Sabah dan tujuh di Sarawak.
"Kami harap dengan adanya lebih banyak jalan Persekutuan, skop kerja penyenggaraan jalan seperti mencuci dan mengecat perabot jalan, mencuci pembetung, jambatan dan longkang dapat dipertingkat bagi mengekalkan standard jalan raya Malaysia yang standing dengan Negara luar," katanya pada majlis ramah mesra bersama media di pejabatnya di sini hari ini.
Abdul Munit berkata, kementerian juga akan terus berkerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Sebuah agensi dibawah kementerian itu, bagi memastikan lebuh raya di Malaysia bertaraf dunia.
"Bagi mencapai matlamat itu, kementerian dan LLm turut memberi tumpuan utama dari aspek keselamatan lebuh raya serta mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di satu-satu kawasan," katanya.
Abdul Munit berkata, LLM kini bertanggungjawab dalam mengawal selia 1,471.60 kilometer (km) lebuh raya yang beroperasi dari selatan hingga utara Semenanjung, termasuk Lebuh Raya SMART serta 260.5 km lebuh raya yang masih dalam pembinaan termasuk Lebuh Raya Duta-Hulu Klang.
Beliau berkata, kementerian kini turut mengadakan program ?Ekspedisi Jalan Persekutuan? untuk kakitangannya memandangkan terdapat ramai di kalangan mereka yang kurang tahu mengenai jalan Persekutuan.
"Melalaui program itu, mereka dikehendaki mengenal pasti kekurangan yang ada sepanjang jalan Persekutuan itu," katanya.