Kontraktor minta tambah bahan binaan | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia meminta kerajaan menambahkan senarai bahan binaan dalam ?Variation of Price? (VOP) supaya tidak terhad kepada 16 bahan saja berikutan harga bahan binaan yang semakin meningkat kebelakangan ini berikutan penstrukturan semula subsidi minyak.

Presidennya, Senator Datuk Roslan Awang Chik, berkata kenaikan harga bahan binaan yang mendadak menjadi masalah utama kepada kontraktor tidak mampu meneruskan projek dijalankan.

"Enam belas bahan yang tersenarai seperti besi, simen, batu dan keluli hanya membabitkan 35 ke 40 peratus saja kos binaan dan selebihnya ialah bahan yang tidak ada dalam VOP," katanya ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Menteri Kerjaraya bersama kontraktor yang melaksanakan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), di sini, kelmarin.

Sementara itu, Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata satu jawatankuasa akan dibentuk bagi membincangkan masalah yang dialami kontraktor dalam menyiapkan projek

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro