KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan mengenalpasti lebih banyak jalan utama di negeri- negeri yang boleh dinaik taraf sebagi jalan Persekutuan mengikut Akta Jalan 1959 setetah mendapat persekutujuan kerajaan Negeri.
Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Abdul Munit Kasmin berkata, Datuk Dr Abdul Munit Kasmin berkata, sehingga kini, kementerian bertanggungjawab terhadap 221 jalan Persekutuan di Semananjung, lapan di Sabah dan tuju di Sarawak.
"kami harap dengan adanya lebih banyak jalan persekutuan, skop kerja penyenggaraan jalan seperti mencuci dan mengecat perabot jalan, mencuci pembetung, jambatan dan longkang dapat dipertingkat bagi mengekalkan standard jalan raya Malaysia yang setanding dengan negara luar," katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media di pejabatnya disini, semalam.
Abdul Munit berkata, LLM kini bertanggungjawab dalam mengawal selia sejauh 1,471.60 kilometer lebuh raya yang beroperasi dari selatan hingga utara Semenanjung, termasuk Lebuh raya SMART serta 260.5km lebuh raya yang masih dalam pembinaan termasuk Lebuh raya Duta-Hulu Klang.
Beliau berkata, kementerian kini turut mengadakan program ?Ekspedisi Jalan Persekutuan? untuk kakitangannya memandangkan terdapat ramai di kalangan mereka yang kurang tahu mengenai jalan-jalan persekutuan.