Pasar tani di 11 lokasi lebuh raya | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya semalam meluluskan pemberian permit kepada peniaga kecil dan penjaja bagi menjalankan operasi pasar tani di 11 buah lokasi di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Kelang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, pemberian kebenaran lokasi tersebut menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) merupakan salah satu iniasiatif mengurangkan beban rakyat.

"Pengguna lebuh raya yang melalui lokasi-lokasi tersebut apabila pulang dari pejabat, boleh singgah ke pasar tani yang kita adakan dengan kerjasama kementerian Pertanian dan Asas Tani itu.

"Jadi mereka boleh beli pelbagai produk secara terus daripada pengeluar," katanya di sini petang semalam.

Menurut Mohd Zin, 11 lokasi pasar tani terbabit melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan(PLUS) iaitu di kawasan Rehat & Rawat Rawang (arah utara), Pusat Hentian Lori Sungai Buluh (arah selatan),  Restoran Jejantas USJ dan Kawasan Rehat & Rawat Dengkil (arah utara dan selatan)

"Di Lebuh Raya Kesas pula di Kawasan Rehat & Rawat Awan Besar (arah barat)dan Kinrara (arah timur), manakala di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) melibatkan Hentian Sebelah Penchala (arah utara), Petaling Jaya Utara, Petaling Jaya Selatan, Puchong Selatan dan Ayer Hitam (arah utara)," jelas beliau

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo