Permintaan UiTM bina laluan bertingkat dikaji | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SHAH ALAM Kementerian Kerja Raya akan mengkaji permintaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membina satu persimpangan bertingkat bagi memudahkan laluan keluar masuk ke dewan besar universiti itu yang bakal dibina di Seksyen 1 berdekatan Lebuh Raya Persekutuan di sini tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mobamed berkata, kajian tersebut perlu dilakukan kerana mermintaan untuk membina laluan bertingkat tersebut tidak termasuk dalam bajet Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Beliau berkata, jika kajian memdapa tiada keperluan bagi pembinaan persimpangan bertingkat tersebut, pihaknya akan membawa perkara tersebut ke Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk diluluskan.

"Kita nak tengok dari segi teknikal dan kalau ada kesegeraan, saya akan bawa perkara ini untuk memdapat kelulusan EPU dan bila EPU dah luluskan, baru peruntukan kewangan disediakan oleh Kementerian Kewangan.

"Seterusnya waran akan diberi kepada Kementerian Kerja Raya dan sebagai agensi pelaksana kepada infrastruktur ini, saya tak ada halangan untuk bantu UiTM mendapatkan kemudahan jalan keluar masuk ini," katanya.

Mohd. Zin mengulas permintaan tersebut yang diajukan oleh Naib Conselor UiTM, Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah.

Menurut Ibrahim, pembinaan laluan bertingkat itu akan memudahkan pelajar dan orang ramai datang ke dewan besar itu yang antaranya bakal digunakan untuk majlis konvokesyen.

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia