R&R Dengkil ditutup Isnin dan selasa | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil dikedua-dua arah Lebuh Raya Lingkaran Tengah (Elite) akan ditutup sementara untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Penutupan bagi R&R Dengkil (arah utara) di Kilometer 23.5 akan dilaksanakan pada Isnin ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang manakala R&R arah selatan akan ditutup pada hari Selasa pada waktu yang sama.

PLUS Expressways Berhad (PLUS) satu dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam memberitahu, semua gerai dan kemudahan  awam disitu akan ditutup kecuali stesen minyak.

R&R Dengkil akan beroperasi semula seperti biasa pada pukul 5 petang hari berikenaan.

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia