Lorong kiri plaza tol Kota Damansara ditutup | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Lorong kiri di laluan masuk ke plaza tol Kota Damansara di Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE) akan ditutup mulai hari ini hingga 12 September depan.

Pemegang konsesi Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), PLUS Espressways Bhd dalam satu kenyataan di sini semalam memberitahu, lorong tersebut ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf plaza tol berkenaan.

Sehubungan itu, PLUS menasihati semua pemandu supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi PLUSLine di talian 1-800-88-0000.

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia