Pasar tani di R&R Seremban | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SEREMBAN Orang ramai di negeri ini dipelawa mengunjungi dua pasar tani di lokasi Rawat dan Rehat (R&R) Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan yang akan mula dibuka pada Jumaat ini.Ketua Unit Hal Ehwal Korporat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri, Mohamad Din Abdul Hamid berkata, kedua-dua pasar tani berkenaan masing-masing akan beroperasi di kawasan R&R Seremban arah utara dan selatan.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan bertujuan mempromosi produk pertanian dan industri asas tani tempatan kepada para pengunjung tempatan serta luar negara di kedua-dua lokasi tersebut.

''Pasar tani yang baru ini akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada setiap hari Jumaat (dari pukul 4 petang hingga 10 malam) serta setiap Sabtu dan Ahad (dari pukul 10 pagi hingga 10 malam)," ujarnya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah Mohamad Din, pengunjung boleh membeli buah-buahan tempatan, hasil tanaman, kraf tangan serta produk industri asas tani dan hasil laut di pasar tani berkenaan.

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia