Lencongan trafik di Lebuh Raya Shah Alam | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

HAH ALAM ? KESAS Sdn Bhd ingin memaklumkan kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam bahawa satu lencongan trafik akan dilaksanakan di lebuh raya itu bermula 11 Ogos lalu hingga 11 Ogos Disember ini.

Lencongan trafik bertujuan untuk menyediakan ruang bagi Kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan raya di sepanjang Lebuh Raya Shah Alam.

Berikutan ini, penutupan lorong secara berperingkat akan dilakukan di sebahagian lokasi di sepanjang lebuh raya mulai jam 11 malam hingga 6 pagi.

Kerja membaik pulih jalan raya ini adalah bagi mempertingkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna Lebuh Raya Shah Alam.

Pengguna dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati.

Sila patuhi had laju yang dibenarkan dan arahan kakitangan lalu lintas serta papan tanda yang di sediakan di kawasan lencongan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline KESAS di talian 03-56337188 atau layari laman web www.kesas.com.my. 

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian