KUALA LUMPUR - Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd., akan menutup Laluan motosikal di Lebuhraya Kesas selama 15 bulan bermula Jumaat ini.
Pengurus Besar Pembangunan Organisasinya, Azhari Karim berkata penutupan itu bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan di lebuh raya tersebut.
"Penutupan akan bermula dari laluan motosikal Kilomiter (KM) 30.4 hingga 29.2 sepanjang tempoh 15 bulan," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Semalam.
Selain itu, menurutnya, lencongan sementara bagi laluan itu adalah melalu lebuh raya utama Kesas.
"Oleh itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda arah yang dipasang di sepanjang jalan itu dan sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di talian 1-300-88-2801," katanya.