RM8 juta naik taraf jalan Raya 1 Serdang | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SERDANG - penduduk serdang bakal menikmati kemudahan asas ababila kerajaan memperuntukan kira-kira RM8 juta untuk menaikkan taraf Jalan Raya 1 di sini.

Bekas Ahlin Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, kerja menaik taraf berkenaan dimulakan berhampiran bulatan selepas balai bomba sejak bulan lalu.

Bagaimanapun, katanya, kerja menambah satu lagi lorong di laluan hadapan balai polis trafik terpaksa ditangguhkan sehingga sebuah balai yang berada di atas rizab jalan berkenaan dipindahkan.

"Sebagaimana daripada bangunan balai polis berkenaan memasuki tanah rizab jalan menyebabkan orang ramai hanya dapat menggunakan satu lorong sebelum ini.

"Disebabkan itu, laluan berkenaan sering sesak ketika waktu puncak dan menimbulkan kesukaran kerana hanya terdapat satu lorong," katanya.

Menurut Yap, sepanjang 350 meter jalan iaitu rizab yang digunakan polis trafik kini akan memulakan kerja penambahan lorong sebaik sahaja bangunan baru untuk menempatkan bangunan lama siap dibina.

"Balai polis Seri Kembangan yang baru telah dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM7 juta dan dengan baki bahagian tanah yang ada, bangunan balai polis trafik yang berada di atas irzab jalan akan dipindahkan ke situ.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) dan polis telah bersatu membina bangunan baru untuk tidak mengganggu projek jalan sepanjang 700 meter itu," katanya.

Yap berkata, projek pembinaan dua lorong dan menaikkan taraf jalan di hadapan balai bomba itu dijangka siap sepenuhnya akhir tahun hadapan.

Menurutnya, sejurus selepas pembinan jalan berkenaan selesai, ia dijangkakan mengatasi masalah kesesakan dari persimpangan Seri Kembangan sehingga jalan masuk ke Seri Serdang.

"Apabila siap pembinaan ini, kita menjangkakan perjalanan di jalan dari Pekan Seri Kembangan akan lancar sehingga ke Seri Serdang mengikut piawaian JKR," katanya.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian