Pembukaan Pasar Tani Baru R&R | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor akam membuka pasar tani baru di kawasan rehat dan rawat (R&R) Dengkil Arah Selatan jam 4 petang hingga 10 malam, esok.

Pengarah FAMA Selangor, Che Ghani Che Wan berkata pasar tani tersebut merupaka pasar tani ketiga yang beroperasi di R&R lebuh raya.

"Sebelum ini pihak FAMA membuka pasar tani di R&R Seremban Arah Utara dan Selatan dan R&R Dengkil merupakan pasar tani yang ke-44 bagi FAMA Selangor.

"Pembukaan pasar tani ini adalah selaras dengan arahan kabinet untuk memperbanyakkan pasar tani dan ruang-ruang perniagaan bagi membolehkan ushawan memasarkan produk-produk mereka," katanya.

Tambahnya, produk yang akan dijual di pasar tani R&R Dengkil Arah Selatan ini adalah terdiri daripada produk industri kecil dan sederhana (IKS), buah-buah dan tanaman jangka pendek.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian