Syor JKR selenggara jalan negeri | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Hasil audit jalan Persekutuan dan jalan negeri oleh Kementerian Kerjaraya pada pertengahan April hingga Jun lalu akan menjadi asas pertimbangan cadangan Kerajaan Pusat untuk mengambil alih penyelenggaraan jalan yang kini diuruskan kerajaan negeri.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr Abdul Munit Kasmin, berkata kebanyakan kerajaan negeri tidak dapat menampung kos pembaikan jalan negeri yang tinggi kerana terpaksa mendapatkan kontaktor swasta.

"Memandangkan Jabatan Kerja Raya (JKR)mempunyai kepakaran teknikal dan peralatan bagi menguruskan kebanyakan jenis kerosakan jalan, lebih baik jika semua jalan di negara ini diletak bawah kawal selia JKR.

"Orang ramai masih menganggap semua jalan secara langsung menjadi bidang kuasa JKR sedangkan jabatan ini hanya bertanggungjawab terhadap jalan Persekutuan yang diwartakan buat masa sekarang,"katanya ketika dihubungi semalam.

Jelas beliau, mengikut Seksyen 67 Akta Pengangkutan Jalan 1987, jalan persekutuan ditafsirkan sebagai jalan hubungan utama antara bandar sesebuah negeri serta jalan di perkampungan Felda dan kawasan perindustrian.

Setakat 2006, 16,000 kilometer yang diwartakan sebagai jalan Persekutuan sudah ditar sepenuhnya.

Tidak semua jalan yanag dibina menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat secara langsung menjadi jalan Persekutuan, ia perlu diwartakan dengan mendapat kebenaran kerjaan negeri.

Penyelenggaraan jalan Persekutuan dilakukan JKR, yang turut menyenggara jalan negeri menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri berkenaan, manakala jalan negeri di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) pula disenggara sendri PBT terbabit.   

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian