JKR Baiki masalah jalan di seluruh Negara | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan raya malah bukan sahaja di sekitar Lembah Klang tetapi turut dilaksanakan di negeri lain dengan kadar segera.

Berdasarkan beberapa aduan orang ramai yang disiarkan dalam ruangan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Kosmo! Timbalan Ketua Pengarah (JKR) Datuk Ir. Annies Md Ariff  berkata, antara yang akan dibaiki termasuk masalah pembahagi jalan di hadapan stesen minyak Rhu Rendang, Marang, Kuala Terengganu.

"Kami akan menyelesaikan masalah tersebut dengan melengkapkan laluan tersebut dengan pusingan  U lebih kurang 100 meter dari kawasan itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Di sini semalam.

Bagaimanapun, projek menaik taraf laluan Persekutuan Laluan 3, KM 11-18 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan itu di jangka siap pada 2009.

Sementara itu, berhubung laluan sempit di Jalan Rasah, Negeri Sembilan, JKR telah memohon pihak yang bertanggungjawab agar skop kerja dalam fasa 3 dipercepatkan perlaksanaannya.

"Pada masa sama, kekurangan papan tanda di Nilai 3 dipercepatkan perlaksanaannya.

"Lokasi tersebut di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Seremban bukan di bawah penguatkuasaan pihaknya.

"Lokasi tersebut di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPN),"jelasnya.

Tambahnya, bagaimanapun masalah itu telah dipanjangkan kepada MPN pada Julai lalu untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

Berdasarkan aduan orang ramai berhubung masalah jalan antara Genting ke Teluk Kumbar di Balik Pulau, Pulau Pinang yang terbengkalai kerana penamatan pengambilan kerja kontraktor.        

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo