15 negara sertai MALBEX 2008 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 26 Ogas - Seramai 130 peserta daripada 15 negara menyertai Pameran Binaan Antarabangsa Malaysia (MALBEX) 2008 yanag berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Pameran terbesar bagi bidang pembinaan di Negara ini dianjurkan bersama oleh Reed Exhibitions Sdn. Bhd, (Reed) dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB).

Presiden Asia Pasifik Reed, Paul Beh berkata, Negara-negara yang menyertai pemeran itu ialah Taiwan, China, Australia, Jerman, Hong Kong, Itali, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika syarikat, United Kingdom dan Vietnam.

"Pameran ini akan menjadi platform kepada mereka terlibat dalam industri pembinaan di seluruh dunia untuk mendapatkan meklumat megenai produk, teknologi dan perkhidmatan terbaru dalam sector pembinaan seperti bahan dan mesin pembinaan," katanya berucap pada majlis perasmian pameran itu.

Pameran tersebut dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed.

Paul berkata, beberapa aktiviti menarik seperti Minggu Pembinaan Antarabangsa 2008, program Misi Pembelian Masuk (IBM) kelolaaln Perbadanan pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Persidangan Pembinaan Antarabangsa turut diadakan sempena MALBEX 2008.

"Program IBM akan memberi peluang kepada syarikat-syarikat pembinaan tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pembeli asing menerusi beberapa siri sesi pemadanan perniagaan sesama mereka." katanya.

Beliau berkata, 50 pembeli antarabangsa akan menyertai program IBM yang berlangsung selama sehari bermula esok, manakala syarikat pembinaan tempatan berpeluang membentuk kerjasama perniagaan dan perdagangan baru menerusi program tersebut.

Paul menambah, penceramah daripada syarikat-syarikat pembinaan terkemuka antarabangsa turut menghadari Persidangan Pembinaan Antarabangsa untuk membincangkan isu dan cabaran-cabaran pelaksanaan projek mega di seluruh dunia.

"Antara projek mega yang menjadi rujukan pada persidangan selama tiga hari itu ialah projek Menara Burj Dubai dan projek kiub air di China," tambahnya.

Dalam pada itu, Paul memberitahu, orang ramai boleh melayari www.malbex.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pameran tersebut.

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia