Tiada tol di Lekas sehingga Oktober | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KAJANG: Orang ramai yang menggunakan laluan pakej satu persimpangan bertingkat Kajang Selatan ke Pajam Lebuh Raya kajang-Seremban (Lekas) akan menikmati kadar tol percuma sehingga 4 Oktober ini.

Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata langkah diputuskan kerajaan itu berita baik kepada penguna laluan berkenaan terutama semasa musim Aidilfitri kelak.

"Kerajaan memutuskan untuk tidak mengenakan tol pada laluan itu bermula hari ini (semalam) sehingga 4 oktober ini untuk memberi peluang kepada rakyat membiasakan diri dengan laluan itu selain sambutan perayaan yang bakal menjelang," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pekej satu Lekas di Plaza tol Kajang Selatan di sini semalam.

Beliau berkata, projek lebuh raya dari Kajang ke Seremban itu melalui Bangi, Semenyih, Beranang, Pajam, Mantin, Nilai dan Paroi yang secara tidak langsung akan memberi kesan positif kepada pembangunan di kawasan itu.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian