Lorong NKVE ditutup | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR - Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Berhad (PLUS) akan menutup lorong paling kiri di laluan masuk Plaza Tol Kota Damansara di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) mulai semalam hingga 12 September ini.

Plus dalam satu kenyataan berkata, penutupan tersebut bertujuan bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf plaza tol di kawasan itu.  Sehubungan itu, semua pemandu dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS.

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo