KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Lebuh raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kini membuka semula lencongan dari Jalan Duta yang menggunakan Lebuh Lembah Kelang Baru (NKVE) menghala ke Jalan Ipoh bermula 26 September ini.
Pegawai Perhubungan Awam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn. Bhd (Kesturi), Raja Azizan Shah Raya Mohamad berkata, pembukaan laluan itu bermula seawall jam 1 pagi.
"Oleh itu, orang awam boleh menggunakan laluan itu dan mengabaikan lencongan sebelum ini kerana kerja-kerja pembinaan di kawasan tersebut telah selesai.
"Bagaimanapun, pemandu masih lagi dinasihatkan agar memandu berhati-hati dan sentiasa mematuhi papan tanda lalu lintas di sepanjang lebuh raya berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Kesturi merupakan sebuah syarikat yang telah diberikan tanggungjawab oleh Kerajaan Persekutuan pada 12 Ogos 2004 untuk kerja-kerja mereka bentuk, membina, mengurus dan menyelenggarakan DUKE.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara itu boleh lah menghubungi Lembaga Lebuh raya Malaysia di talian 18000887752