KUALA LUMPUR: Terowong Smart di sini, akan ditutup kepada lalu lintas mulai jam 11 malam esok sehingga 6 pagi keesokan harinya.
Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd dalam kenyataannya semalam berkata, penutupan itu untuk membolehkan pemeriksaan sistem terowong berkala dilakukan.
Pengguna boleh menghubungi talian bantuan Smart 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan. - Bernama
Tarikh