Plus diminta perbaiki R&R | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SEPANG: Plus Expressways Bhd. Di minta memperbaiki kemudahan di semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk memberi keselesaan kepada penguna yang dijangka membanjiri lebuh raya sepanjang cuti Aidilfitri, bulan depan.

Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata ia berikutan lebuh raya akan mengalami kepadatan luar biasa pada musim perayaan kerana kebanyakan warga kota pulang ke kampong halaman untuk menyambut Aidilfitri.

"Apabila lebuh raya padat, kawasan R&R akan sesak kerana pertambahan pengguna, Saya sudah mengarahkan Plus untuk memastikan semua kemudahan di R&R berada pada tahap terbaik untuk keselesaan pengguna.

"Tambahan pula, tahun ini sambutan Aidilfitri di jangka lebih meriah kerana keranaan membayar bonus kepada kakitangan kerajaan pada akhir bulan ini dan lebih ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampong," katanya.

Beliau berkata demikian kerika ditemuai pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim , ibu tunggal, warga emas, fakir miskin, masjid dan surau seluruh daerah sepang di Pangsapuri Rista Villa di sini, malam tadi.

Mohd Zin, berkata pihaknya juga aka  memastikan semua lebuh raya dan jalan persekutuan berada dalam tahap baik supaya tidak mengganggu perjalanan pengguna sepanjang tempoh berkenaan.

Malah, beliau turut mengarahkan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) memperbaiki jalan raya yang mengalami kerosakan akibat banjir di Kedah dan Pulau Pinang, baru-baru ini.

"Pada masa sama, kita turut mengarahkan semua kerja pembinaan dan penambahbaikan jalan raya dan lebuh raya diberhentikan bagi mengelakkan kesesakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, melainkan ada kesemasan seperti tanah runtuh.

"Tetapi kalau proses penambahbaikan sebagaimana kontrak sedia ada ia boleh dihentikan seketika," katanya.

Bagi negeri pula, Mohd Zin berkata belia sudah meminta Bahagian Penyelenggaraan Jalan Raya Malaysia mengarahkan semua jurutera daerah memastikan instrument yang mengawal lalu lintas seperti lampu isyarat berfungsi dengan baik.

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro