Susur keluar Semenyih Lebuhraya Lekas ditutup dua hari | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR - Jalan susur keluar di KM 1.4 dari arah Kuala Lumpur ke Semenyih Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) ditutup selama dua hari mula semalam.

Pehak pengurusan Lekas Sdn. Bhd dalam kenyataan semalam berkata, penutupan itu adakah bagi Kerja-kerja penyelengaraan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di kawasan berkenaan.

Pengguna lebuh raya itu dinasihati supaya berhati-hati dan mematuhi arahan lalu lintas yang disediakan serta menghubungi talian infoline Lekas di Talian 1-800-888-021 untuk sebarang pertanyaan.

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian