Malaysia bakal menjadi tuan rumah Pertandingan Kemahiran Peringkat Asean ke-7 yang diadakan pada 10 hingga 19 November 2008 ini bertempat di Akademi Binaan Malaysia., Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Sebanyak 19 bidang kemahiran dipertandingkan di kalangan negara peserta yang terdiri dari negara Asean seperti Indonesia, Brunai Darussalam, Vietnam, Thailand, Myanmar, Laos, Filipina dan Singapura.
Antara lain objektif pertandingan ini adalah untuk mempromosi pembangunan kemahiran teknikal dan kualiti vokasional serta nilaian kerja di kalangan pekerja mahir dan muda: memartabatkan kerjasama teknikal dalam pendidikan vokasional dan teknikal di kalangan negara anggota: menggalakkan kerjasama tertutup di antara kerajaan, industri, organisasi majikan dan pekerja serta institusi latihan vokasional.
Kategori yang dipertandingkan iaitu penyusunan bata, pembuatan kabinet, Computer Aided Drawing and Design (CADD), masakan, pemasangan elektrik, teknologi reka bentuk, penggunaan perisian/teknologi maklumat, elektronik perindustrian, pemasangan, pembuatan pakaian wanita, mekatronik, membaiki paip, khidmat restoran, penyejukbekuan, kemasan marmar lantai dan dinding, reka bentuk laman web, teknologi otomobil, terapi kecantikan dan kimpalan.
Penyusunan Bata
Membabitkan kerja menyusun bata, batu bongkah atau terra cotta untuk hiasan dalaman dan kemasan dinding, dinding pemisah, serombong asap serta struktur lain yang berkaitan projek komersial dan perumahan.
Pembuatan Kabinet
Membabitkan pengeluaran perabot dan pelbagai kabinet untuk pasaran komersial dan kediaman sama ada dalam bentuk kayu atau bahan pembinaan lain mengikut keperluan dan kesesuaian.
Cadd
Kejuruteraan Mekanikal dan reka bentuk yang menggunakan teknologi CADD di dalam menyediakan model grafik, pelan, kertas kerja dan fail mengandungi maklumat berkaitan bagi menghasilkan dan mendokumentasi bahagian dan komponen tipikal serta penyelesaian kepada masalah kejuruteraan mekanikal yang dihadapi pekerja dalam industri ini
Masakan
Jurumasak yang dilatih mengikut perancangan menu, menyediakan pelbagai jenis juadah yang bersesuaian dengan kesihatan dan keselamatan serta kerja pengurusan di dapur komersial. Ia termasuklah mencipta dan mencuba resipi terbaru, mengendalikan mesin penyediaan makanan pemotongan bahagian daging yang tetap, membuat kek dan pastri, penyediaan hidangan bufet dan sebagainya.
Pemasangan elektrik
Membabitkan kerja pemasangan, pengendalian dan kerja membaiki peralatan elektrik di rumah, kilang dan stesen kuasa, Selain kerja mengendalikan papan suis, kabel dan laluan kabel yang mengikut keselamatan. Ini termasuklah pemasangan alat pemanas, lampu, penghawa dingin dan meter serta sistem penggera kebakaran dan jenayah.
Teknologi reka bentuk grafik
Membabitkan kerja dengan agensi pengiklanan, jabatan pengiklanan korporat. Pereka bentuk grafik juga dikenali sebagai Pengarah Seni (AD), Pengeluaran AD, Pembantu AD, Pembantu Pengiklanan dan Pereka Bentuk Grafik. Kerja mereka membabitkan kemahiran tinggi, banyak menggunakan komputer dengan program perisian khusus.
Penggunaan IT/Perisian
Ia membabit kemahiran dalam kategori pemprosesan perkataan, pangkalan data, pecahan helaian dan persembahan grafik. Ini termasuklah melakukan kerja perancangan, penciptaan, mengedit dokumen mengikut piawaian.
Elektronik/Industri
Kemahiran ini membabitkan pengilangan, percubaan dan peralatan elektronik. Juruteknik yang mahir mampu membina peralatan dan sistem elektronik serta penggunaan lain sama ada secara manual atau dengan menggunakan komputer.
Pemasangan
Ia adalah proses menyambung kepingan kayu menjadikannya pertukangan kayu yang penuh berseni mengguna pakai konsep tertentu contohnya seperti memasang dan membina pintu atau rangka tingkap kayu.
Pembuatan pakaian wanita
Pembuat pakaian wanita yang berkualiti mampu menghasilkan pelbagai rekaan pakaian rasmi dan santai mengikut kesesuaian tubuh dan etika pakaian dalam pengeluaran pakaian dengan menghasilkan potongan paten cemerlang di samping kerja yang halus.
Pemasangan paip
Ia termasuk kerja pemasangan paip air, longkang dan saluran pemanas bagi kediaman dan kilang.