Sejarah Pertandingan Kemahiran ASEAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Ilham untuk menganjurkan Pertandingan Kemahiran ASEAN tercetus di Mesyuarat Persediaan Pertandingan Kemahiran ASEAN yang dianjurkan oleh ILO/APSDEP di Chiba, Jepun pada September 1993. Cadangan ini seterusnya disokong semasa mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN ke-10 yang berlangsung d Singapura pada tahun 1994.

Malaysia terpilih sebagai tuan rumah pertandingan pertama yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1995. Berlangsung setiap dua tahun, pertandingan Kemahiran ASEAN meliputi program tred, 

Perkhidmatan dan vokasional dalam 19 kategori.Kemahiran ini telah berjaya menarik penyertaan daripada lebih 200 orang belia di seluruh rantau Asia Tenggara bagi merebut pingat emas,perak dan gangsa sepanjang tiga hari pertandingan dilangsungkan.

Selain menampilkan kecekapan kemahiran mereka, Pertandingan Kemahiran ASEAN juga menyedialan laluan bagi para peserta dari seluruh rantau ini bertukar-tukar pengetahuan, kepakaran dan pengalaman

'Pertemuan minda ini akan membantu memacu daya saing individu peserta kearah mempertingkatkan latihan kemahiran dan piawaian di rantau ini

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian