Dokumen perjanjian konsesi lebuh raya boleh didapati umum mulai 1 Januari | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kesemua 22 syarikat konsesi lebuh raya di seluruh negara kecuali Maju Expressway, yang mengendalikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya, bersetuju untuk mendeklasifikasikan perjanjian konsesi lebuh raya antara kerajaan dengan syarikat terbabit kepada umum.

Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed berkat, dokumen perjanjian tersebut boleh didapati mulai 1 Januari depan.

Katanya, keputusan mendeklasifikasikan dokumen perjanjian tersebut dicapai berikutan persetujuan Kabinet pada mesyuarat 17 Oktober lepas terhadap memorandum kementerian itu yang bertajuk  'Pengelasan Semula Semua Penjanjian Konsesi Lebuh raya Yang Sedang Beroperasi Supaya Dapat Didedahkan Kepada Umum  '

"Kabinet bersetuju supaya perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang beroperasi dikelaskan semula selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas mendapat persetujuan daripada syarikat konsesi sejajar dengan peruntukan klausa kerahsiaan yang termaktub dalam perjanjian terbabit.

"Selepas itu, saya telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk berurusan dengan syarikat konsesi bagi mendapatkan keputusan mereka supaya menjadikan umum perjanjian-perjanjian ini. Semua mereka telah bersetuju kecuali satu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia