Mohd Zin diminta buat penjelasan lanjut. | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

PUTRAJAYA - Sebarang kenyataan lanjut berhubung laporan bahawa kerajaan mendeklasifikasi perjanjian konsesi tol di negara ini akan dilakukan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya akan minta menteri berkenaan membuat kenyataan berkenaan perkara ini bagi memastikan ia betul dari segi teknikal," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum dan Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2008, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar tempatan semalam bahawa kerajaan telah mendeklasifikasikan perjanjian tersebut yang bererti kandungan kontraknya, tidak lagi dianggap sebagai rahsia rasmi.

Najib bagaimanapun mengesahkan, perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat kabinet terdahulu.

Jika kerajaan mendeklasifikasikan perjanjian konsesi tol, ini bererti memiliki atau mempunyai maklumat tentantg kandungan perjanjian itu tidak lagi menjadi satu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian