JKR bina jalan, jambatan baru | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

AMPANG ? Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membina satu lagi jala  tetap bersebelahan jalan alternative yang dibina kelmarin untuk penduduk yang terperangkap di Taman Mewah dan kawasan pangsapuri berhampiran tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pembinaan tersebut dilakukan berikutan laluan alternative sedia ada tidak dapat menampung laluan keluar masuk secara seretak dan keadaan tersebut menyebabkan kesesakan.

?Jalan baru yang akan dibina esok (hari ini) akan dibuat secara dua hala bagi mengatasi masalah jalan sesak yang dibina sehala sebelum ini.

?Malah, jalan alternative sedia ada sepanjang kira-kira 250 hingga 300 meter tersebut akan ditar bagi menggantikan 20 gulung fiber yang digunkan sekarang ini, begitu juga dengan jalan baru,? katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

Khalid berkata, tinjauan udara juga dibuat oleh JKR untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi membina satu lagi jalan tetap untuk menghubung penduduk yang terperangkap dengan jalan utama.

?Dalam pada itu, JKR juga akan membina satu lagi jambatan tetap menggantikan jambatan sementara yang dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dijangka siap Jumaat ini,? katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada penduduk mengatakan terdapat percangahan maklumat yang diterima daripada pihak ATM dan PDRM.

?Pihak yang bertugas menjalankan tanggungjawab masing-masing, polis membenarkan penduduk masuk setelah dikenali pasti identitinya, namun apabila mereka melalui kawasan kerana pada waktu itu keadaan jalan tidak selamat untuk mereka.

?Ini semua hanya salah faham, semua tidakan yang diambil oleh petugas adalah semata-mata untuk membantu penduduk,? katanya.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian