Tokoh Kerja Raya | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR- Dua kakitangan Kementerian Kerja Raya yang berkhidmat selama 27 tahun, diberi penghormatan menerima Anugerah Hari Kualiti 2008, Kementerian berkenaan semalam.

Majlis turut menyampaikan tujuh anugerah sampingan termasuk Anugerah Menteri Kerja Raya, Anugerah Pengurusan Bayaran Terbaik dan Anugerah Pencapaian Piagam Pelanggan Terbaik.

Anugerah disampaikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng. Kamarul Bahrin Mohamed 50, dan Embok Masek Md Taher, 50 dipilih berdasarkan sumbangan dan kecemerlangan mereka menjalankan tugas masing-masing.  

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro